CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, Ogos 14, 2008

Selamat Datang ke PSS SKSR

Hi
Graphics and Myspace Layouts at pYzam.com


Rabu, Ogos 13, 2008

Perkhidmatan, Penggunaan dan Ciri - Ciri PSS SK Slim River

Terdapat beberapa perkara dalam perkhidmatan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Perkara tersebut adalah :

1. Waktu Penggunaan.

  • PSS dibuka pada setiap hari ISnin hingga Jumaat mulai jam 7.40 pagi hingga 1.30 tenga hari.
2. Pengguna Pusat Sumber
  • PSS dibuka kepada semua warga SK Slim River yang terdiri daripada murid-murid, guru dan staf sekongan sekolah. Seorang murid dibenarkan meminjam dua buah buku perpustakaan dalam tempoh dia minggu. Bahan-bahan bukan buku juga boleh dipinjam mengikut peraturan yang ditetapkan. Pengguna dari luar sama ada dari sekolah atau institusi / jabatan yang berhampiran termasuk bekas-bekas murid juga boleh menggunakan kemudahan PSS melalui kebenaran pihak pentadbir sekolah.
3. Status dan Jumlah Kakitangan
  • Tenaga kerja PSS adalah terdiri daripada guru-guru PSS dan Pengawas PSS. PSS tidak mempunyai kerani atau pembantu PSS. Semua keraja PSS termasuk kerja kaunter sirkulas dilakukan oleh Pengawas bertugas dan guru-guru PSS mengikut jadual yang ditetapkan.
4. Jenis Koleksi Bahan
  • Bahan buku
- Bahan rujukan, buku pinjaman basa , buku pinjaman berkelompok, pinjaman "Red Sportrt" dan koleksi Malaysiana.
  • Bahan berceta bukan buku.
- Majalah bulanan ( 5 tajuk ), majalah sekolah-sekolah lain, risalah berfail mengikut tajuk, kotak risalah dan rak risalah. Surat khabar, termasuk keratan akhbar berfail dan berjilid.
  • Koleksi Fail Tegak
  • Koleksi soalan peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman, termasuk bank soalan
  • Koleksi buku skrap, kertas kerja dan kertas projek
  • Koleksi bahan bantu mengajar
  • Koleksi perkakasan ( hardware ) dan perisian ( software )
  • Komputer, Sistem maklumat PSS ( Pengautomasian ) dan perisian
  • Koleksi Pinjaman Terhad
CIRI - CIRI PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Program Swadaya Prasarana
  • Program nin merupakan usaha membangunkan prasarana PSS sama ada prasarana dalam PSS ataupun di luar PSS dengan menggunakan tenaga sendiri secara bergotong royong dan sukarela di kaangan guru-guru, murid-murid dan pekerja sekolah. Program ini telah berjaya membangunkan fizikal PSS yang selesa dan ceria dengan kos yang rendah rendah, di samping dapat mewujudkan budaya kerja sepasukan di kalangan warga sekolah.
2. ASTRO Pendidikan
  • Sistem ASTRO Pendidikan ditempatkan dan dikawal di Bilk Tayangan PSS. Murid boleh menonton siaran ASTRO sepanjang waktu persekolahan dan guru-guru boleh membawa murid menonton siaran ASTRO di Bilik Tayangan PSS.

Kemudahan Fizikal PSS

PSS SK Slim River terletak di tingkat dua bangunan blok B. fizikal PSS terdiri daripada :

1) Pejabat Pusat Sumber
- Pusat organisasi PSS dan pusat penyimpan rekod-rekod pengurusan dan pentadbiran PSS

2) Perpusatakaan
- Perpusatakaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Rujukan dan Bahagian Pinjaman , dilengkapi dengan bahan bacaan dan kemudahan membuat rujukan. Bilik ini boleh memuatkan seramai 60 orang pengguna pada satu masa. Boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

3) Bilik Simulasi / Tayangan
- Dilengkap[i dengan kemudahan audio-video untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Boleh memuatkan seramai 40 orang pengguna.

4) Bilik Media dan Simpulan Bahasa
- Bahagian ini berfungsi sebagai tempat simpanan bahan,khusus untuk bahan-bahan media elektronik software dan hardware juga bahan-bahan bercetak bukan buku yang dikategorikan sebagai bahan koleksi terhad.

5)Pusat Pembelajaran Akses Kendiri / Self - Access Learning Centre
Ruang ini menempatkan koleksi bahan pembelajaran akses kendiri bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain bahan-bahan bercetak,bahagian ini juga dilengkapi dengan karel basah yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

Selasa, Ogos 12, 2008

Sejarah dan Perkembangan Pusat Sumber

Pada tahun 1960 hingga 1970an wujud Perpustakaan Sekolah yang berperanan sebagai perpustakaan tradisional dengan koleksi bahan buku, majalah dan surat khabar.

Pada tahun 1980anPSS telah beroperasi dalam dua unit berasingan iaitu Unit Perpustakaan dan Unit Alat Pandang Dengar (APD)

Pada tahun 1990an,wujud Pusat Sumber Sekolah dan pada tahun 2000, ia telah Menjadi Pusat Sumber Sekolah dan berpindah ke bangunan baru.

Isnin, Ogos 04, 2008

tHe cLocK iS tiCkiNg

get this clock

Khamis, Julai 31, 2008

Add IllVill to your page

Extreme Style


For more widgets please visit www.yourminis.com